WELCOME to DESS DAHASRY of MALAYSIA..

Wednesday, April 25, 2012

Email From The Prime Minister.


I received an email from the Prime Minister at 5.14pm today.
Here is the full text:

Sejak e-mel saya yang terakhir kepada anda, banyak maklum balas yang telah saya terima mengenai laporan tahunan GTP dan ETP. Walaupun ramai bersetuju bahawa GTP dan ETP telah meletakkan Malaysia pada landasan yang betul, ada di antara anda yang telah mengambil satu langkah lagi dengan menyumbang beberapa idea mengenai bagaimana Kerajaan boleh memperbaiki beberapa aspek-aspek tertentu. Saya amat mengalu-alukan maklum balas anda.
Selain daripada GTP dan ETP, Kerajaan juga berazam untuk membawa perubahan kepada arena politik negara melalui Program Transformasi Politik. Baru-baru ini saya telah membentangkan cadangan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri di Parlimen, dan saya juga telah berjanji untuk mengkaji semula Akta Hasutan dan Akta Akhbar, Percetakan dan Penerbitan. Kerajaan bertekad untuk terus melakukan pembaharuan- pembaharuan ini serta menunaikan semua janji-janji kami.
Sokongan anda adalah amat penting bagi kami dalam memastikan semua ini menjadi kenyataan. Sebarkanlah mesej positif ini kepada teman-teman, keluarga, jiran, dan rakan-rakan sekerja anda. Ceritakan kepada mereka kisah-kisah kejayaan Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ajak mereka untuk menjadi sebahagian daripada kami. Ajak mereka untuk turut sama dalam usaha-usaha transformasi untuk memastikan negara kita yang tercinta ini bergerak maju ke hadapan.
Terima kasih tak terhingga, Salam 1Malaysia

Najib Razak / Ah Jib Gor 

Sometimes, it's nice to receive something like this... Thanks Mr. Prime Minister !!
Have a nice day...

No comments:

Post a Comment